Laman Web FAM kena Hack

Sedang aku merayap di alam maya sambil menikmati air 100plus yang baru aku beli di Kedai rahmat, tiba-tiba pandangan aku tertumtpu ke satu sudut belah tepi. Terpampang tertulis " FAM di Hack oleh hackers Indonesia". What the hell!!. Apasal hackers indonesia suka carik pasal ??  pehhh... mendidih dengar. Memang aku akui indonesia memiliki para hackers yang hebat-hebat berbanding Malaysia.

Tapi persoalan nyer mengapa terlalu lemah laman web FAM sampai mudahnya dihack oleh hackers indonesia. Apa da jadi ???  Adakah kita tidak mampu melawan???.  Di bawah nie adalah gambar laman web FAM yang telah dihack. Layannn..





Perang siber dikalangan Malaysia dan Indonesia memang dah berlarutan sampai sekarang, gara-gara indon tak puas hati dengan malaysia yang sering di label MALINGSIA.. Ahhhh!! berdebah betul. Betapa rendah nya pemikiran rakyat indon yang senang diprovokasi.. Bak kata pepatah "Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga". Walaupun segelintir yang buat onar tapi yang kena tempias nya suma rakyat indonesia.  Dilaporkan sebanyak 500 laman web yang berpengkalan di Malaysia telah berjaya di hack oleh hackers indonesia.. Dunia-dunia..

Ketensionan Dengan Nyoya





Seperti tahun-tahun yang lepas,"Career Attack" kembali semula di UiTM. Pehhh!! bertambah semangat aku nak pi interview. Tak sabar plak nak kena interview ngn company-company yang datang kat sini. Dengan penuh keazaman yang tinggi, aku sanngup pi kedai gamabar nyonya dekat depan rumah aku tu semata-mata nak ambik gambar untuk interview.

Bila da sampai kat dekat kedai nyonya tuu, bermula la sesi bergambar umpama paparazi nak ambik gambar brad pitt. Da barape banyak snap da nyoya tuu ambik tapi still tak ok. "Ahh ape jadah nyonya nie, tak kan tak reti ambik gambar kot. Tak kan la tahu buat business je". Keluh hatiku. Tapi aku tengok nyoya tuu still mencuba nak dapatkan snap yang terbaik. Akhirnya snap yang ke-10 baru la dapat view yang memuaskan. Terseyum lebar nyoya tuu sambil ketawa sorang2x. Eh!! ske plak nyonya nie dapat snap gambar.

Dengan muka yang bangga seperti menang loteri RM 1 juta, nyoya tu pi ke komputer untuk edit gambar sebelum cuci gambar. Si nyoya pown masukkan memory card ke dalam card reader. Dengan harapan yang menggunung aku pown senggaja dok menyibuk di tepi nyoya tu. Bermula lah proses edit mengedit."Adui !! lambat betul nyonya nie, slow la macam kura-kura. Kura-kura pown lagi laju la". Sabo pis, tak kemana gambar ko tu, tak akan ilang peminat ko dek zaman.

Akhirnya selepas penantian yang amat memeritkan, nyoya tu pown berjaya mengedit dan mencuci gambar aku.. yes !!!!.. haha.. boleh tahan smart gak aku nie macam bradd pitt . Ceh boleh pulak pikir macam tu :-)

Post pertamaku di blog






Alhamdulillah terbinala jua blog pertamaku. Orang lain dah lama buat blog tapi
aku baru je nak wat. Ahhh !!! mimpi ape aku nie buat blog petang-petang buta nie. Biaselah bila dah gatal mata, tangan, kaki tengok orang ada blog sendiri, nasib baik tak gatal satu badan. Jadi nak menghilangkan segala gatal yang aku alami, aku nak blog aku sendiri. Ahh!! ape la ang nie, orang lain dah lama buat blog ang je dok terkedek-kedek buat blog.Ang tau ke blog nie untuk ape? bermacam-macam persoalan timbul dihatiku. Ada ke follower??. Dah-dah la tu berceloteh, bukan nyer masuk pertandingan syarahan pon (Dengan muka yang sinis ketika menulis entry nie).Kehekeh..